Home Nasional Kempen Internet Selamat diperluas ke sekolah & IPT selepas Aidilfitri
Nasional

Kempen Internet Selamat diperluas ke sekolah & IPT selepas Aidilfitri

Kempen Internet Selamat diperluas ke sekolah & IPT selepas Aidilfitri

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 17 Mac- Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperluas jelajah Kempen Internet Selamat ke semua sekolah, institut pengajian tinggi (IPT) serta Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara selepas Aidilfitri.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, inisiatif tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keselamatan dalam talian, sekali gus mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa penipuan siber.

\”Buat masa ini, kempen ini akan memberi tumpuan kepada beberapa bazar Ramadan di Kuala Lumpur dan Selangor sebagai permulaan.

\”Selepas itu, kita akan menjelajah ke sekolah, IPT dan IPG bagi menyampaikan mesej yang sama, jadilah pengguna yang bijak dalam talian dan pastikan amalan kita di internet selamat, terutama bagi kanak-kanak serta keluarga,\” katanya.

Dalam pada itu, seramai 7,300 peniaga bazar Ramadan di ibu kota turut menerima manfaat menerusi kempen tersebut, apabila mereka diberikan bantuan RM100 bagi bayaran sewa petak niaga sebagai langkah meringankan beban kewangan.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Kempen Advokasi MCMC di Bazar Ramadan Wangsa Maju, hari ini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....