Home Nasional Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang, Perlis agih 1,000 Jalur Gemilang
Nasional

Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang, Perlis agih 1,000 Jalur Gemilang

Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang, Perlis agih 1,000 Jalur Gemilang

Foto RTM

PADANG BESAR, 23 Ogos – Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Perlis mengagihkan lebih 1,000 Jalur Gemilang kepada penduduk setempat bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan menjayakan Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang.

Program agihan Jalur Gemilang dilaksanakan di lapan lokasi sepanjang konvoi yang disertai lapan buah kenderaan, antaranya Pasar Besar Sena, Pusat Transformasi Bandar (UTC), Pos Sekatan Jalan Raya di Padang Besar, Felda Rimba Mas, Felda Mata Ayer dan Felcra Lubuk Sireh.

Pengarah JaPen Perlis Mazli Hamdan berkata, pelaksanaan kempen kibar Jalur Gemilang itu diharap menjadi pembakar semangat rakyat negeri itu, bukan sahaja dalam kalangan kakitangan kerajaan malah semuamasyarakat setempat daripada pelbagai latar belakang agar sentiasa bersemangat patriotik dan cintakan negara.

\”Kempen Kibar Jalur Gemilang juga menjadi wadah terbaik untuk memberi inspirasi kepada rakyat terutama generasi muda supaya menghargai dan mengekalkan keamanan negara.

\”Sokongan masyarakat dalam menjayakan kempen ini juga dapat menyemarak perpaduan selain mengingatkan generasi muda supaya mengerti makna sebenar kemerdekaan yang dicapai negara dan pengorbanan pejuang terdahulu dalam memerdekakan negara,\” kata Mazli.

Beliau memaklumkannya pada Program Walkabout Sana Sini Jalur Gemilang di Perlis yang dilaksanakan sekitar Parlimen Kangar dan Padang Besar bersama ADUN Indera Kayangan, Gan Ay Ling.

Konvoi kali ini turut disertai pegawai dan kakitangan RTM Perlis, BERNAMA, Majlis Keselamatan Negara, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....