Home Nasional Kementerian Digital gubal dasar teknologi kuantum
Nasional

Kementerian Digital gubal dasar teknologi kuantum

Kementerian Digital gubal dasar teknologi kuantum

Menteri Digital, Gobind Singh Deo

PETALING JAYA, 12 Ogos-Kementerian Digital sedang merangka penggubalan dasar mengenai teknologi kuantum atau komputer kuantum untuk mengukuhkan lagi perlindungan data peribadi.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, kementerian bakal meneliti aspek data secara menyeluruh keperluan untuk meningkatkandaya tahan infrstruktur siber, sekali gus mempersiap Malaysia bagi mendepani teknologi baharu berkenaan.

\”Kita memberi perhatian supaya kita dapat menggubal polisi-polisi yang baharu, bergerak ke depan mengambil kira apa yang kita lihat sebagai pembangunanterkini keperluan untuk pastikan bahawa keselamatan siber kita bukan sahaja cukup lengkap tetapi juga selari dengan keperluan-keperluan keselamatan siber di peringkat antarabangsa\”,katanya demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) keselamatan siber dan meningkatkan ketahanan digital negara antara Axiata Group Berhad (Axiata) dengan CyberSecurity Malaysia (CSM) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) di Menara CelcomDigi di sini.

Ujarnya, sejajar dengan peningkatan ancaman siber di peringkat nasional dan global, Gobind juga berharap agar Akta Keselamatan Siber yang diwartakan pada 26 Jun lepas, dapat dikuatkuasakan, bulan ini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....