Home Nasional Kekang salah guna AI, undang-undang perlu diperkukuh – Gobind
Nasional

Kekang salah guna AI, undang-undang perlu diperkukuh – Gobind

Kekang salah guna AI, undang-undang perlu diperkukuh – Gobind

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 16 Ogos- Undang-undang bagi mengawal selia penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk mengekang penyalahgunaan teknologi berkenaan bagi tujuan jenayah perlu diperkukuh.

Menteri Digital, Gobind Singh menasihati orang ramai agar terus berwaspada dengan taktik penipuan yang dihasilkan dengan teknologi AI.

Mereka juga perlu tampil sekiranya menjadi mangsa berkenaan.

\”Sementara kita meyakinkan rakyat untuk menggunakan platform-platform sedia ada yang membolehkan mereka memperkukuhkan perniagaan mereka dan sebagainya, sudah tentu ada risiko-risiko yang terbabit juga.

\”Kita melalui MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) ada makanisme khusus di mana kita sekarang sedang melihat bagaimana platform-platform disalahgunakan dan sebagainya.

\”Itu sebab kita telahpun mendirikan satu jawatankuasa terdiri daripada empat kementerian, kementerian saya (Kementerian Digital), Kementerian Komunikasi, Kementerian Undang-Undang dan juga KDN (Kementerian Dalam Negeri) untuk kita lihat bagaimana kita boleh memperkukuhkan undang-undang yang sedia ada supaya masalah-masalah yang kita akan hadapi dengan dunia digital khususnya dengan AI ini kita dapat membendung pada masa akan datang,\” katanya selepas Majlis Pelancaran Media \’PACE Bootcamp\’ di sini.

Gobind menyatakannya ketika diminta mengulas mengenai dakwaan usahawan selebriti dan pempengaruh media sosial, Khairul Aming bahawa terdapat pihak memanipulasi wajah dan suaranya menggunakan AI untuk melakukan penipuan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....