Home Nasional Kebolehpasaran graduan TVET cecah 99 peratus, sasar tingkat kadar upah
Nasional

Kebolehpasaran graduan TVET cecah 99 peratus, sasar tingkat kadar upah

Kebolehpasaran graduan TVET cecah 99 peratus, sasar tingkat kadar upah

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (tengah) bergambar bersama sebahagian pelajar Kolej Vokasional 2 selepas merasmikan Kolej Vokasional Sandakan 2/BERNAMA

SANDAKAN, 23 Mac– Kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) telah mencapai 99 peratus sejak beberapatahun kebelakangan ini.

Kemahiran yang dimiliki membolehkan mereka ditawarkan peluang pekerjaan meskipun belum menamatkan pengajian.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata ia selaras dengan unjurankementerian itu agar perhatian ditumpukan pada bidang kemahiran supaya dapat membina kepakaran negara dengan kekuatan tenaga kerjasendiri khususnya pelajar di peringkat kolej vokasional.

\”\’Saya yakin dan percaya. Itu yang kita sedang usahakan ketika ini dan kita risau dengan kebolehpasaran telah mencapai 99 peratus tetapi yang sedang kita perjuangkan adalah kadar upah lebih berpatutan dan bermaruah untuk anak-anak kita. Ini penting berdasarkan kemahiran-kemahiran yang mereka ada,\” kata Fadhlina kepada pemberita, di sini.

Beliau ditemui pemberita selepas menyempurnakan perasmian Kolej Vokasional Sandakan 2, semalam.

Jelasnya, kolej vokasional tidak boleh ketinggalan kerana tumpuan pada masa ini adalah TVET yang menyeluruh.

Ini termasuk kursus-kursus relevandi institusi pendidikan yang perlu diperhalusi supaya mengikut kehendak pasaran.

Sementara itu program Kolej Vokasional Insani juga akan diperluasdi Sabah bagi menyampaikan mesej kepada ibu bapa untuk memilih TVET agar ia tidak lagi menjadi pilihan kedua.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....