Home Nasional Kebenaran penuaian, penjualan kerang-kerangan dijangka jana pendapatan
Nasional

Kebenaran penuaian, penjualan kerang-kerangan dijangka jana pendapatan

Kebenaran penuaian, penjualan kerang-kerangan dijangka jana pendapatan

Foto hiasan

SEREMBAN, 14 Ogos- Kebenaran penuaian dan penjualan kerang-kerangan di perairan Negeri Sembilan dan Melaka diharapkan akan memberi kelangsungan kepada nelayan dan penternak di samping menambah pendapatan.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Utama Aminuddin Harun berkata, ia susulan larangan penuaian dan penjualan kerang-kerangan di perairan berkenaan ditarik balik.

\”Ini menunjukkan bahawa kupang itu boleh dimakan di Port Dickson dan saya berharap penternak kupang dapat meneruskan aktiviti ini. Kita harap supaya kita boleh menjaga sungai dan laut supaya tidak tercemar.

\”Ini antara faktor memberi kesan tempoh hari dan menjejaskan penternak hampir enam bulan. Kini mereka dibenarkan menjual kupang dan secara tidak langsung meningkatkan pendapatan nelayan kita di Port Dickson,\” katanya

Aminuddin berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, di sini.

Terdahulu,larangan penuaian dan penjualan kerang-kerangan di perairan Negeri Sembilan dan Melaka telah ditarik semula berikutan penurunan tahap biotoksin ke paras selamat iaitu menunjukkan keputusan bacaan biotoksin bawah 400 per-bilion bagi sampel ke-15.

Ia berdasarkan hasil pemantauan rapi Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan analisis makmal konsisten.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....