Home Nasional Kebanyakan negara Arab sambut Aidilfitri pada Ahad
Nasional

Kebanyakan negara Arab sambut Aidilfitri pada Ahad

Kebanyakan negara Arab sambut Aidilfitri pada Ahad

Pembeli membuat persiapan sempena Aidilfitri di pasar tertutup Hamidiya di Damsyik/ AFP

ISTANBUL, 30 Mac-Umat Islam di kebanyakan negara Arab akan menyambut Aidilfitri pada Ahad, menandakan berakhirnya bulan Ramadan.

Anadolu Ajansi (AA) melaporkan pihak berkuasa agama di Arab Saudi, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengesahkan bahawa anak bulan telah kelihatan pada Sabtu.

Dengan itu, Aidilfitri akan diraikan pada Ahad.

Pengumuman serupa turut dibuat oleh Pejabat Wakaf Sunni di Yaman dan Iraq.

Bagaimanapun, Oman memaklumkan bahawa negara itu akan menyambut Aidilfitri pada Isnin susulan anak bulan Syawal tidak kelihatan.

Aidilfitri merupakan satu daripada dua perayaan utama dalam Islam, selain Aidiladha.- BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....