Home Nasional Kebakaran: Suami isteri hilang tempat tinggal, suami melecur
Nasional

Kebakaran: Suami isteri hilang tempat tinggal, suami melecur

Kebakaran: Suami isteri hilang tempat tinggal, suami melecur

FOTO BOMBA

MIRI, 25 Februari- Seorang lelaki melecur pada bahagian tangan ketika cuba memadam kebakaran yang memusnahkan kediamannya di Kampung Melayu Beluru Bakong, di sini, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Sarawak memaklumkan kebakaran membabitkan sebuah rumah setingkat separuh kekal itu menyebabkan pasangan suami isteri kehilangan tempat tinggal.

Mangsa, Sahari Sahat, 54, yang cedera telah dihantar oleh penduduk kampung ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.20 malam dan bergegas ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun, api telah berjaya dipadamkan oleh penduduk kampung sebelum ketibaan bomba.

Operasi pemantauan dan pemeriksaan di lokasi tamat pada pukul 11.50 malam.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....