Home Nasional Kebakaran Putra Heights: MCMC ambil tindakan segera
Nasional

Kebakaran Putra Heights: MCMC ambil tindakan segera

Kebakaran Putra Heights: MCMC ambil tindakan segera

Foto Facebook MCMC

CYBERJAYA, 8 April– Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan segera memastikan perkhidmatan komunikasi kekal stabil di sekitar Putra Heights dan pusat penempatan sementara (PPS).

MCMC menerusi kenyataan memaklumkan, sembilan struktur telekomunikasi yang terjejas melibatkan CelcomDigi, Maxis dan U Mobile telah dipulihkan.

\”Hasil tindakan pemulihan segera oleh syarikat penyedia perkhidmatan (telco), semua perkhidmatan berjaya dipulihkan sepenuhnya pada hari sama\”, menurut kenyataan itu.

Menurut MCMC, bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan internet kepada para petugas dan mangsa yang berlindung di PPS Masjid Putra Heights pihak telco turut mengambil langkah segera untuk mengoptimumkan struktur sedia ada supaya memenuhi peningkatan keperluan perkhidmatan.

Selain itu, sebuah unit Mobile Cellular Vehicle (MCV) turut digerakkan bagi meningkatkan lagi kualiti liputan di kawasan berkenaan.

Telekom Malaysia juga menyediakan WiFi percuma di PPS.

Pembukaan kaunter khas di PPS disediakan untuk membantu pelanggan terkesan membuat penggantian SIM dan peranti rosak dan penyelarasan bil.

MCMC akan terus memantau keadaan dan bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan kualiti perkhidmatan kekal terbaik.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....