Home Nasional Kebakaran gas Putra Heights: 30 haiwan peliharaan berjaya diselamatkan
Nasional

Kebakaran gas Putra Heights: 30 haiwan peliharaan berjaya diselamatkan

Kebakaran gas Putra Heights: 30 haiwan peliharaan berjaya diselamatkan

Foto RTM

SUBANG JAYA, 4 APRIL – Kira-kira 30 ekor haiwan peliharaan milik penduduk Putra Heights yang terjejas akibat insiden kebocoran paip gas berjaya diselamatkan setakat ini.

Pengerusi Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM), Kalaivanan, berkata operasi penyelamatan turut melibatkan rawatan percuma sehingga Ahad ini.

“Pada hari pertama, sebanyak 12 ekor kucing, dua ekor ular dan seekor anjing berjaya diselamatkan. Manakala pada hari kedua, 13 ekor kucing dan tiga ekor anjing pula ditemui,” katanya demikian ketika ditemui RTM.

Tambah beliau, setakat ini lebih 200 laporan telah diterima berkaitan kehilangan haiwan peliharaan.

Operasi ini dijalankan hasil kerjasama antara SAFM dan Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SPCA).

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....