Home Nasional KDNK suku kedua letak Malaysia selesa akhiri 2024 pada kadar pertumbuhan tinggi- PM
Nasional

KDNK suku kedua letak Malaysia selesa akhiri 2024 pada kadar pertumbuhan tinggi- PM

KDNK suku kedua letak Malaysia selesa akhiri 2024 pada kadar pertumbuhan tinggi- PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Foto facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 16 Ogos– Pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi suku kedua 2024 sebanyak 5.9 peratus meletakkan Malaysia berkedudukan selesa untuk menutup tirai tahun ini dengan kadar pertumbuhan yang tinggi di ambang unjuran rasmi kerajaan sebanyak 4.0 peratus hingga 5.0 peratus.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata prestasi ekonomi Malaysia yang membanggakan itu sekali lagi mengatasi keadaan global yang tidak menentu dan telah melemahkan permintaan serta pertumbuhan di kebanyakan negara.

“Angka dan indikator yang positif adalah bukti bahawa reformasi dasar serta pengurusan ekonomi Kerajaan MADANI telah membuahkan hasil,” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MOF) pada Jumaat.

Beliau berkata prestasi yang memberangsangkan itu akan terus mendorong kerajaan untuk memacu pelaksanaan agenda reformasi Ekonomi MADANI dan kerajaan yakin momentum pertumbuhan negara akan diperkukuh dalam tempoh mendatang.

Anwar berkata dengan meneruskan pelaksanaan reformasi dasar seperti diilhamkan dalam kerangka jangka masa sederhana Ekonomi MADANI, Malaysia berupaya mengecapi kitaran pertumbuhan ekonomi baharu dan menjayakan reformasi fiskal yang diperlukan.

“Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) yang dilancarkan pada Mei 2024 merupakan satu lagi tambahan kepada dokumen dasar untuk memodenkan ekonomi negara dengan membangunkan industri bernilai tinggi dan mampan.

“Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt, 2024 merupakan kesinambungan kepada pelaksanaan dasar yang bermula secara besar-besaran pada tahun ini,” kata beliau.

Sementara itu, dalam kenyataan yang sama, MOF menjelaskan pertumbuhan kukuh yang melangkaui jangkaan pada separuh pertama 2024 telah meletakkan kerajaan pada kedudukan yang ampuh untuk mencapai sasaran defisit fiskal sebanyak 4.3 peratus pada 2024.

Perkembangan itu juga memberikan ruang yang mencukupi untuk kerajaan melaksanakan langkah yang mampu menyokong pertumbuhan selanjutnya pada tahun ini, jika diperlukan, tambah kementerian itu.

Menurut MOF, bagaimanapun, kerajaan kekal nekad mematuhi sasaran jangka masa sederhana untuk mengurangkan defisit fiskal kepada 3.0 peratus atau lebih baik.

“Usaha-usaha sedang diambil untuk menambah baik tadbir urus dan mendigitalkan perkhidmatan awam bagi membantu meningkatkan asas hasil negara. Kerajaan juga akan terus mengenal pasti langkah untuk mengoptimumkan perbelanjaan dan mengurangkan ketirisan,” jelas kementerian itu.- BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....