Home Nasional Kajian pindaan kuota kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu libat semua pihak
Nasional

Kajian pindaan kuota kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu libat semua pihak

Kajian pindaan kuota kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu libat semua pihak

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi / Foto Bernama

PUTRAJAYA, 13 April – Kajian menyeluruh perlu dilakukan sebelum sebarang pindaan terhadap kuota satu pertiga atau 35 peratus kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak dapat dilaksanakan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut beliau, proses penelitian itu perlu melibatkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta parti-parti komponen dalam kerajaan perpaduan.

“Kita belum meneliti perkara ini secara terperinci kerana penelitian harus dilakukan bersama parti komponen dalam kerajaan. Kita juga perlu duduk berbincang dengan SPR mengenai hal ini.

“Namun apabila tiba masanya yang sesuai, kita juga perlu berbincang bersama ahli-ahli parti termasuk pembangkang. Maka perkara ini harus diteliti dengan sebaiknya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Lebaran Kasih Aidilfitri, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, yang sebelum ini mencadangkan agar rundingan berkaitan pindaan kuota kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak dilakukan secara bersemuka, khususnya dengan Ahli Parlimen di Semenanjung.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....