Home Nasional Kadar KDNK nominal Malaysia diunjur meningkat 5.9%- PM
Nasional

Kadar KDNK nominal Malaysia diunjur meningkat 5.9%- PM

Kadar KDNK nominal Malaysia diunjur meningkat 5.9%- PM

Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 4 Mac- Kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal bagi Malaysia diunjur meningkat kepada 5.9 peratus, berbanding pada 2020 yang mengalami penguncupan sebanyak 6.2 peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pencapaian makroekonomi negara mencatat peningkatan yang baik sepanjang tempoh empat tahun, dari 2020 hingga 2024.

Ia mengambil kira pencapaian daripada segi aspek pertumbuhan, kadar inflasi, pembentukan modal tetap kasar dan pelaburan.

\”Kalau kita lihat daripada segi pencapaian makroekonomi 2024, kita boleh rasa lega sedikit. Yang pertama, pertumbuhan. Kedua, inflasi yang rendah, 1.8 peratus.

\”Ketiga \’gross fix capital formation\’, meningkat 12 peratus, iaitu pertumbuhan pelaburan meningkat tinggi, 12 peratus.

\”Keempat, bursa, tahun 2024 iaitu peningkatan itu 12.9 peratus. Itu agak tinggi dalam tempoh empat tahun,\” katanya di Dewan Rakyat di sini.

Penyataan bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim.

Dewan juga diberitahu, meskipun pertumbuhan ekonomi masih rendah pasca COVID sejak 2020, namun nilai dan kadar pertumbuhan KDNK pada 2024 merupakan antara yang tertinggi di rantau ini iaitu sebanyak 5.1 peratus.

Dalam pada itu, Anwar berkata prestasi pertumbuhan ekonomi negara yang memberangsangkan menyumbang faedah besar kepada rakyat.

\”Prestasi inilah menyebabkan ASB (Amanah Saham Bumiputera) kita tertinggi dalam lima tahun. KWSP, 6.3 peratus, tertinggi sejak 2017.

\”Jadi kalau soalan apakah angka-angka yang memukau ini beri faedah kepada rakyat? Jawabnya ya. Apakah harus ditambah lagi? Saya setuju.

\”Umpamanya, peluang pekerjaan,120,000 orang, pekerjaan baharu. Maknanya, dengan kadar pengangguran 3.1 peratus (Disember 2024).

\”Kemudian, ini yang menyebabkan kita lebih yakin menambah sistem persaraan, gaji, tahun ini RM10 bilionpeningkatan.

\”STR, tahun ini RM13 bilion. Jadi bagaimana kata bahawa pertumbuhan ini tidak beri faedah kepada rakyat? STR tambah menjadi RM13 bilion, tertinggi dalam sejarah.

\”Gaji, kenaikan yang tertinggi, ketimbang tahun-tahun yang sebelumnya. Jadi, ini faedah langsung kepada rakyat termasuk peluang pekerjaan,\” katanya lagi.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....