Home Nasional JWP bangun pelan tindakan khas warga emas
Nasional

JWP bangun pelan tindakan khas warga emas

JWP bangun pelan tindakan khas warga emas

Foto Facebook

KUALA LUMPUR, 10 Januari- Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) sedang membangunkan pelan tindakan khas bagi warga emas untuk mendepani jangkaan negara menuju fasa negara menua menjelang 2030.

Perkara itu dilihat selari dengan perancangan agensi pusat khususnya Kementerian Ekonomi dalam memastikan kesejahteraan dan kualiti hidup warga emas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Wilayah Persekutuan) DrZalihaMustafa berkata, sehingga kini jumlah individu berusia 60 tahun ke atas di Kuala Lumpur dan Putrajaya mencecah 11 hingga 12 peratus.

Berbaki tempoh lima tahun, kementeriannya berusaha memperkukuh dasar dan program untuk menangani cabaran ini.

\”Insya-Allah dalam masa terdekat ini kita akan laksanakan satu sesi penglibatan dengan semua pemegang taruh, badan bukan kerajaan (NGO), pakar-pakar dan sebagainya.

\”Akhirnya merangka satu pelan tindakan lebih menyeluruh lebih inklusif, harapnya tidak meninggalkan ruang-ruang penting termasuk menangani warga emas ini,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Sesi Temu Rapat Dr Zaliha bersama Persatuan, Wakil Masyarakat dan Organisasi Berkaitan Warga Emas Wilayah Persekutuan di ibu negara.

Menurut beliau Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) bukan sekadar pelan pembangunan ekonomi, tetapi juga platform penting untuk menyokong kesejahteraan sosial dalam memastikan golongan warga emas terus diberikan perhatian sewajarnya.

Related Articles

PM seru diaspora Malaysia hargai kemajuan teknologi dan kepakaran negara
Nasional

PM seru diaspora Malaysia hargai kemajuan teknologi dan kepakaran negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama para jemputan pada...

Pasar Payang ketengahkan makanan tradisional Terengganu sempena cuti sekolah
Nasional

Pasar Payang ketengahkan makanan tradisional Terengganu sempena cuti sekolah

Proses pembuatan keropok keringKUALA TERENGGANU, 18 Januari- Pasar Payang di sini mengetengahkan...

PM adakan lawatan kerja ke Belgium, perkukuh hubungan dua hala
Nasional

PM adakan lawatan kerja ke Belgium, perkukuh hubungan dua hala

Foto Hiasan / ReutersPUTRAJAYA, 18 Januari – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Malaysia-Jepun gerak kerjasama Asia Timur untuk pembangunan semula Gaza
Nasional

Malaysia-Jepun gerak kerjasama Asia Timur untuk pembangunan semula Gaza

Foto Hiasan / AFPLONDON, 18 Januari – Inisiatif pembangunan semula Gaza dianggarkan...