Saturday , 7 December 2024
Home Nasional Jumlah penduduk terjejas banjir di Kelantan, Terengganu, dan Selangor terus meningkat
Nasional

Jumlah penduduk terjejas banjir di Kelantan, Terengganu, dan Selangor terus meningkat

Jumlah penduduk terjejas banjir di Kelantan, Terengganu, dan Selangor terus meningkat

FOTO FAIL

PASIR MAS, 29 November – Bilangan penduduk terjejas banjir di Kelantan terus bertambah namun tidak terlalu mendadak berbanding tengah malam tadi.

Setakat pukul 6.00 pagi tadi seramai 59,187 orang berada di 221 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan semua 10 jajahan.

Berdasarkan laman InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pasir Mas kekal tertinggi dengan lebih 22,000 penduduk berlindung di 53 PPS yang aktif di jajahan itu.

Sementara ituhampir semua sungai-sungai utama di negeri itu telah melepasi paras bahaya kecuali Sungai Lebir di Tualang serta Sungai Galas di Dabong yang berada pada paras amaran.

Bagaimanapun kebanyakan bacaan paras air sungai terutama di kawasan hulu Kelantan juga sedang menunjukkan trend penurunan.

Di Terengganu, situasi banjir bertambah buruk dengan 20,754 penduduk terjejas dilaporkan melibatkan 5,875 keluarga direkodkan, setakat pukul 6.00 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan, 228 PPS kini di buka di tujuh daerah.

\”Daerah Besut paling ramai iaitu 9316 penduduk, Setiu 4133 orang Dan Hulu Terengganu 4320 penduduk.

\”Manakala Dungun 709 orang, Kemaman 1534 orang, Marang 668 penduduk Dan Kuala Nerus 74 orang,\” menurut sekretariat itu.

Hujan ketika ini masih berlaku di kebanyakan tempat.

Manakala di Selangor, jumlah penduduk terjejas banjir di Selangor setakat pukul 6.00 pagi tadi, seramai 159 orang terdiri daripada 39 keluarga.

Berdasarkan InfoBencana JKM kesemua mereka ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan satu daerah iaitu di Klang.

\” PPS terlibat ialah di SK Sungai Binjai dan Balai MPKK Bukit Kapar,\” menurut info JKM itu.

Related Articles

PM dijadual rasmi Penang Silicon Design @5km+
Nasional

PM dijadual rasmi Penang Silicon Design @5km+

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMAGEORGE TOWN, 7 Disember– Perdana Menteri...

Banjir enam negeri beransur pulih
Nasional

Banjir enam negeri beransur pulih

FOTO BERNAMAKUALA LUMPUR, 7 Disember- Kemaskini jumlah penduduk terjejas banjir di enam...

300 penguat kuasa KPDN sertai Skuad Ihsan MADANI
Nasional

300 penguat kuasa KPDN sertai Skuad Ihsan MADANI

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd...

YAPEIM sumbang RM50,000 bantu pengamal media dan penggiat seni tempatan
Nasional

YAPEIM sumbang RM50,000 bantu pengamal media dan penggiat seni tempatan

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 7 Disember- Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menyalurkan...