Home Nasional Jualan Rahmah MADANI khas jadi tumpuan rakyat
Nasional

Jualan Rahmah MADANI khas jadi tumpuan rakyat

Jualan Rahmah MADANI khas jadi tumpuan rakyat

Penduduk sekitar tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan keperluan pada Program Jualan Rahmah MADANI

PADANG BESAR, 30 September- Lebih 2,000 penduduk setempat tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan keperluan dengan harga lebih murah pada Program Jualan Rahmah (PJR) MADANI di Agro Bazaar Rakyat Borong Wann Felcra Lubuk Sireh.

Program yang berlangsung selama dua hari yang berakhir malam tadi menawarkan 16 jenis barangan keperluan pada harga 30 peratus lebih murah,antaranya beras tempatan, minyak masak botol, tepung gandum dan telur ayam.

Menurut Pengurus Agrobazaar Rakyat Borong Wann, Wan Nan Wan Din, program dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perlis secara serentak di empat lokasi.

Inisiatif pelaksanaan Jualan Rahmah MADANI memberi manfaat kepada rakyat dalam usaha meringankan beban ditanggung disebalik kenaikan kos sara hidup ketika ini.

\”Pelaksanaan program sama ada di dalam premis atau luar premis perlu diteruskan dan diperbanyakkan kerana ianya memberi impak positif kepada masyarakat setempat.

\”Pelaksanaannya juga mampu merangsang ekonomi sektor peruncitan di kawasan setempat serta sokongan berterusan KPDN memastikan semua rakyat, tanpa mengira lokasi, dapat menikmati manfaat daripada program ini,\” katanya.

Beliau memaklumkannya pada Program Jualan Rahmah MADANI di Agrobazaar Rakyat Borong Wann Felcra Lubuk Sireh yang bukan sahaja menjadi tumpuan masyarakat Felcra tetapi juga diluar kawasan Felcra bagi mendapatkan barangan yang ditawarkan.

Selain Agrobazaar Rakyat Borong Wann, tiga lagi lokasi penganjurannya ialah Pasar Raya Seri Utama di Kuala Perlis, Pasar Raya Al Naim di Bintong dan Pasar Raya Taman Seri Wang di Arau.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....