Home Nasional JSPT Perlis tawar diskaun saman trafik terpilih sehingga 50 peratus
Nasional

JSPT Perlis tawar diskaun saman trafik terpilih sehingga 50 peratus

JSPT Perlis tawar diskaun saman trafik terpilih sehingga 50 peratus

Foto RTM

KANGAR, 12 Julai-Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perlis menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus untuk pembayaran saman trafik terpilih selama tiga hari bermula hari ini sehingga 14 Julai ini sempena Karnival Jualan Agromadani Mega di Dataran Bersebelahan Kompleks DUN Perlis.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Saifudin Aslin Abbas dalam kenyataannya memaklumkan, inisiatif ini bagi memberikan peluang kepada orang ramai untuk membayar saman trafik dengan diskaun yang ditawarkan itu.

Selain itu, usaha berkenaan dilakukan berikutan kesedaran pengguna jalan raya khususnya di Perlis yang masih rendah dalam menjelaskan saman tertunggak.

Saifuddin walaubagaimanapun menegaskan pemberian diskaun saman tersebut tidak ditawarkan untuk kesalahan seperti saman lampu isyarat merah, saman menggunakan lorong kecemasan, saman memotong secara berbahaya dan saman memotong di garisan kembar.

JSPT turut menyediakan kaunter bagi pembayaran fizikal serta mereka yang ingin membayar saman menggunakan aplikasi MyBayar PDRM dengan menyediakan kod QR untuk mereka mendapatkan diskaun 50 peratus berkenaan.

Related Articles

Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar pada Mei
Nasional

Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar pada Mei

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong/ BERNAMAKUALA LUMPUR, 12...

Prestasi kewangan KKDW, rekod RM259.97 juta keuntungan sebelum cukai
Nasional

Prestasi kewangan KKDW, rekod RM259.97 juta keuntungan sebelum cukai

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Rubiah Wang KUALA LUMPUR,...

Lapan cedera, bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas
Nasional

Lapan cedera, bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas

Bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas awal pagi tadiREMBAU, 12 Mac –...

Tiada kes keracunan makanan di 11 Bazar Ramadan Perlis – JKNPs
Nasional

Tiada kes keracunan makanan di 11 Bazar Ramadan Perlis – JKNPs

Foto RTMKANGAR, 12 Mac – Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKNPs) tidak menerima...