Home Nasional JPN ganti dokumen pengenalan diri percuma kepada mangsa kebakaran Putra Heights
Nasional

JPN ganti dokumen pengenalan diri percuma kepada mangsa kebakaran Putra Heights

JPN ganti dokumen pengenalan diri percuma kepada mangsa kebakaran Putra Heights

Penduduk Jalan Putra Harmoni 1/3 yang terjejas akibat kebakaran menunggu giliran untuk pulang ke kediaman masing-masing/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 2 April- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan menyediakan perkhidmatan penggantian dokumen pengenalan diri secara percuma kepada mangsa insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pagi semalam.

JPN dalam satu kenyataan memaklumkan mangsa yang kehilangan kad pengenalan, sijil kelahiran, atau dokumen lain yang dikeluarkan oleh jabatan itu boleh mendapatkan dokumen gantian tanpa sebarang bayaran.

Selain itu, Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) akan ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra, Putra Heights, esok dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Menurut JPN, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah mengarahkan jabatan itu untuk menggerakkan perkhidmatan Bas MEKAR ke lokasi tersebut untuk meringankan beban mangsa ke pejabat JPN pada masa ini.

\”Inisiatif ini turut bertujuan untuk memastikan mangsa kebakaran memperoleh dokumen penting mereka dengan segera, sekali gus memudahkan sebarang urusan rasmi yang memerlukan dokumen tersebut kelak,\” menurut kenyataan itu.

Jabatan itu juga menyatakan komitmen untuk memberikan bantuan terbaik kepada penduduk terjejas dan berharap usaha itu dapat membantu mangsa serta keluarga mereka.

Bagaimanapun orang ramai boleh menghubungi JPN menerusi talian 03-8880 7077 untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkhidmatan disediakan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....