Home Nasional JPJ perlu tambah baik taraf perkhidmatan pelanggan
Nasional

JPJ perlu tambah baik taraf perkhidmatan pelanggan

JPJ perlu tambah baik taraf perkhidmatan pelanggan

Foto Facebook Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar

KUALA LUMPUR, 2 September- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu menambah baik taraf perkhidmatan dan memastikan isu yang melibatkan kepuasan pelanggan dapat diatasi.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar menerusi datu hantaran di Facebook berkata, beliau percaya terdapat ruang untuk penambahbaikan hasil pemantauan selepas mengadakan lawatan mengejut ke ibu pejabat JPJ di Putrajaya.

\”Proses kerja (masa menunggu) agak lama. Justeru, saya telah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan dan Ketua Pengarah JPJ untuk mencari kaedah yang bersesuaian bagi memendekkan masa menunggu.

\”Selain itu, ruang menunggu perlu ditambah baik bagi mendapatkan persekitaran yang kondusif dan mesra pelanggan (terdapat kerosakan kerusi dan juga tiada kipas). Saya telah mengarahkan Putrajaya Holdings untuk mengambil tindakan segera dalam minggu ini,\” katanya menerusi hantaran itu.

Menurut Shamsul Azri, lawatan berkenaan susulan penambahan waktu pengoperasian kaunter selama satu jam berkuat kuasa pada 19 Ogos lepas di beberapa negeri terpilih.

Menerusi hantaran itu beliau juga mengucapkan terima kasih kepada petugas dan anggota JPJ yang bertungkus-lumus memberikan khidmat terbaik kepada pelanggan.

Pada masa sama semua jabatan kerajaan turut diminta untuk memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik diberikan kepada rakyat.

\”Harapan saya agar bukan sahaja JPJ tetapi jabatan lain juga komited dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

\”SSPA adalah permulaan era baharu Perkhidmatan Awam. Kita mesti bekerja dengan lebih komited dan bersungguh-sungguh demi rakyat dan Negara,\” katanya lagi.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....