Home Nasional JPJ akan buka kaunter di Masjid Putra Heights
Nasional

JPJ akan buka kaunter di Masjid Putra Heights

JPJ akan buka kaunter di Masjid Putra Heights

Menteri Pengangkutan Anthony Loke

SEPANG, 2 April – Kaunter bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan dibuka di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Height bermula esok hingga Jumaat.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, pemilik kenderaan yang terjejas akibat kebakaran saluran gas di Putra Height semalam boleh mencetak semula dokumen yang rosak atau hilang.

“Jadi dua hari berturut-turut, kami akan letakkan kaunter bergerak kami di masjid itu untuk memudahkan pemilik mencetak semula dokumen mereka terutamanya sijil kenderaan, lesen memandu dan cukai jalan, jika mereka perlu,” katanya dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini.

Setakat tengah hari tadi, sebanyak 399 kenderaan dilaporkan rosak dalam insiden itu.

Loke berkata kerajaan juga sedang berbincang dengan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) untuk meletakkan wakil mereka di PPS berkenaan bagi memberikan khidmat nasihat kepada mangsa mengenai tindakan lanjut berhubung tuntutan insurans.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....