Home Nasional JPA komited tumpu lima inisiatif utama, perkukuh perkhidmatan awam
Nasional

JPA komited tumpu lima inisiatif utama, perkukuh perkhidmatan awam

JPA komited tumpu lima inisiatif utama, perkukuh perkhidmatan awam

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz/ BERNAMA

PUTRAJAYA, 4 Februari– Jabatan Perkhimatan Awam (JPA) komited menumpukan lima inisiatif utama bagi memperkukuhkan perkhidmatan awam sebagai tunjang utama pentadbiran negara.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata inisiatif berkenaan selaras Titah Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Beliau berkata inisiatif utama itu ialah reformasi perkhidmatan awam, pemerkasaan modal insan dan penjagaan kebajikan, kesejahteraan pegawai awam, peningkatan integriti dan akauntabiliti serta pengukuhan identiti nasional dan semangat perkhidmatan.

“JPA akan terus berperanan sebagai peneraju dalam memastikan pegawai awam sentiasa bersedia menghadapi cabaran baharu serta berdaya saing dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya menerusi kenyataan.

Menerusi Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 semalam, Sultan Ibrahim bertitah supaya kerajaan mengambil tindakan tegas melalui saluran diplomatik, undang-undang dan pertahanan, bagi memastikan hak kedaulatan serta kepentingan negara terus kekal terpelihara.

Wan Ahmad Dahlan berkata titah penghargaan daripada Seri Paduka Baginda kepada pegawai awam bukan sekadar pengiktirafan, tetapi juga satu amanah besar untuk memastikan perkhidmatan awam terus relevan, cekap dan sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat.

Related Articles

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA
Nasional

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA

Seramai 3,390 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menerima manfaat menerusi inisiatif...

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim
Nasional

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 Mac – Strategi pertahanan maritim Malaysia...

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri
Nasional

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail KUANTAN, 19 Mac...

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China
Nasional

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China

Seramai 28 pelajar dari Persatuan Kejuruteraan Universiti Malaya (Engineering Society of Universiti...