Tuesday , 4 February 2025
Home Nasional JKKK digesa pelbagaikan projek di bawah Program SejaTi MADANI
Nasional

JKKK digesa pelbagaikan projek di bawah Program SejaTi MADANI

JKKK digesa pelbagaikan projek di bawah Program SejaTi MADANI

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof / Foto RTM

LUBOK ANTU, 22 Disember – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di setiap daerah digesa untuk mempelbagaikan permohonan projek di bawah Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) bagi memastikan keberkesanan dan kemampanan inisiatif yang dilaksanakan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata permohonan projek yang seragam boleh mencetuskan persaingan, menyebabkan projek menjadi kurang produktif serta tidak berdaya tahan.

“Adalah penting memastikan projek yang dilaksanakan benar-benar memberi impak positif dan manfaat kepada komuniti secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Dana SejaTi MADANI Daerah Lubok Antu di Dewan Sukan Lubok Antu, di sini.

Untuk rekod, Sarawak telah menerima peruntukan sebanyak RM100 juta bagi tahun 2024 untuk melaksanakan 1,124 program pembangunan JKKK di seluruh negeri.

Daripada jumlah itu, sebanyak 1,024 JKKK telah mendapat manfaat, termasuk di Lubok Antu, yang menerima peruntukan sebanyak RM720,000 untuk pelbagai program seperti penternakan dan lain-lain.

Fadillah turut menggalakkan JKKK untuk mula merancang dan memohon projek bagi tahun hadapan, selaras dengan matlamat memperkasa pembangunan komuniti di peringkat akar umbi.

Related Articles

Gempa bumi kuat 6.1 magnitud landa Halmahera, Indonesia
Nasional

Gempa bumi kuat 6.1 magnitud landa Halmahera, Indonesia

FOTO METMALAYSIAKUALA LUMPUR, 4 Februari- Gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 melanda Halmahera,...

Ekonomi AS, beras & ASEAN antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Ekonomi AS, beras & ASEAN antara fokus Dewan Rakyat hari ini

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 4 Februari- Ancaman ekonomi oleh Amerika Syarikat (AS), cadangan...

Banjir: Sarawak menurun 9,034 orang, Sabah kekal 102
Nasional

Banjir: Sarawak menurun 9,034 orang, Sabah kekal 102

FOTO APM SARAWAKKUALA LUMPUR, 4 Februari- Sarawak merekodkan penurunan penduduk terjejas banjir...

Generasi muda adalah ejen perubahan dalam menjaga alam sekitar
Nasional

Generasi muda adalah ejen perubahan dalam menjaga alam sekitar

Program pendidikan murid-murid mengenai pentingnya menjaga kelestarian alam sekitar di SK Seberang...