Home Nasional JIM Sabah serbu 5 penempatan warga asing di Semporna, 61 ditahan
Nasional

JIM Sabah serbu 5 penempatan warga asing di Semporna, 61 ditahan

JIM Sabah serbu 5 penempatan warga asing di Semporna, 61 ditahan

FOTO JIM SABAH

TAWAU, 9 April- Jabatan Imigresen Sabah menahan 61 warga asing menerusi serbuan ke atas lima kawasan penempatan di Semporna dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan sejak semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof, berkata kesemua yang ditahan terdiri daripada 32 lelaki, 10 wanita, tiga kanak-kanak lelaki dan enam kanak-kanak perempuan, yang merupakan warganegara Filipina, Indonesia, Pakistan, dan China.

Menurut beliau, warga asing terbabit disyaki melakukan kesalahan bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

\”Siasatan lanjut akan dijalankan dan kesemua individu yang ditahan telah dihantar ke Depot Imigresen Tawau untuk tindakan lanjut,\” katanya dalam satu sidang media di Pejabat Imigresen Tawau.

Sepanjang operasi tersebut, pihak Imigresen telah memeriksa seramai 173 individu yang terdiri daripada warga asing dan warganegara tempatan.

Beliau turut menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menggaji atau melindungi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), serta individu yang didapati melanggar peraturan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

Operasi tersebut melibatkan sepasukan pegawai dan anggota dari Semporna, Tawau, Lahad Datu, Sandakan dan Kota Kinabalu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....