Home Nasional Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan
Nasional

Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan

Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan

Foto BERNAMA

KUALA SELANGOR, 15 Ogos- Jenazah Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam di sini pada pukul 6.45 petang tadi.

Terdahulu jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Puncak Alam untuk disolatkan sebelum dibawa semula menaiki van jenazah dan tiba di tanah perkuburan berkenaan pada pukul 6.15 petang.

Pengebumian jenazah penyanyi dan pempengaruh berusia 23 itu dihadiri ahli keluarga dan sahabat handai.

Abang sulung kepada Allahyarham, Muhammad Nidza Irfan, 33, ketika ditemui berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan terperinci bagi merungkai kes kematian adiknya itu.

\”Di sebalik reda dengan pemergiannya, kami sekeluarga sudah pasti akan merindui gelak tawa dan gurauan arwah,\” katanya.

Terdahulu, mayat Muhammad Nidza Afham yang ditemukan di Sungai Klang petang semalam selesai menjalani proses bedah siasat di Hospital Shah Alam pada pukul 3.00 petang.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat Muhammad Nidza Afham mendapati tiada sebarang kecederaan fizikal dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).- BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....