Home Nasional Jemaah Menteri hargai usaha atlet kebangsaan di Olimpik Paris 2024 – Fahmi
Nasional

Jemaah Menteri hargai usaha atlet kebangsaan di Olimpik Paris 2024 – Fahmi

Jemaah Menteri hargai usaha atlet kebangsaan di Olimpik Paris 2024 – Fahmi

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil / Foto Fail

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Jemaah Menteri merakamkan penghargaan kepada semua atlet kebangsaan yang terlibat dalam Sukan Olimpik Paris 2024 yang berakhir pada 11 Ogos lepas.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang juga jurucakap kerajaan berkata penghargaan itu diberikan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, pada Rabu.

\”Mesyuarat Jemaah Menteri merakamkan penghargaan buat pasukan dan atlet kebangsaan yang bertanding di temasya Olimpik Paris 2024 kerana telah berusaha sedaya-upaya mengharumkan nama negara dengan membawa pulang dua gangsa.

\”Pada masa yang sama, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mengharapkan usaha yang telah diperoleh ini akan menjadi pembakar semangat dan meningkatkan lagi usaha pasukan di masa hadapan,\” katanya.

Malaysia mengakhiri kempen Sukan Olimpik Paris 2024 dengan meraih dua gangsa menerusi badminton perseorangan negara Lee Zii Jia dan beregu badminton negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Di Paris 2024, Malaysia yang diwakili 26 atlet daripada sembilan jenis sukan telah mempamerkan keazaman yang tinggi dengan memecahkan tiga rekod kebangsaan selain lima atlet berjaya mengatasi catatan peribadi masing-masing.-BERNAMA

Related Articles

Tiga buah kedai di Bandar Indahpura musnah dijilat api
Nasional

Tiga buah kedai di Bandar Indahpura musnah dijilat api

Salah sebuah kedai yang musnah dijilat apiKULAI, 18 Mac – Tiga buah...

Ex Kurung: Latihan hadapi ancaman nyata, bukan sekadar simulasi
Nasional

Ex Kurung: Latihan hadapi ancaman nyata, bukan sekadar simulasi

Latihan Anti Pengganas dan Menyelamat Tebusan \’Ex Kurung\’ yang diadakan di Politeknik...

MAHB tingkat usaha cegah penyeludupan hidupan liar di KLIA
Nasional

MAHB tingkat usaha cegah penyeludupan hidupan liar di KLIA

Foto arkib: Cubaan menyeludup hidupan liar berjaya digagalkan di KLIA apabila puluhan...

Dua jam APM Kuching tangkap ular sawa 50kg bersama 30 telur
Nasional

Dua jam APM Kuching tangkap ular sawa 50kg bersama 30 telur

Ular sawa sepanjang lima meter dan seberat 50 kilogram itu berjaya ditangkap...