Home Nasional JBPM siaga hadapi Aidilfitri, beku cuti 11,500 anggota
Nasional

JBPM siaga hadapi Aidilfitri, beku cuti 11,500 anggota

JBPM siaga hadapi Aidilfitri, beku cuti 11,500 anggota

Nga Kor Ming (tengah) pada Majlis Pelancaran Ops Siaga Raya 2025 sempena Hari Raya Aidilfitri JBPM di Putrajaya / RTM

PUTRAJAYA, 21 Mac- Kira-kira 11,500 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dibekukan cuti sebagai persiapan agensi tersebut menghadapi Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada hujung bulan ini.

Menurut Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming, ia merupakan 70 peratus daripada jumlah keseluruhan anggota di seluruh negara.

\”15,000 anggota bomba sudah bersiap sedia. 70 peratus akan bertugas seperti biasa manakala hanya 30 peratus sahaja dibenarkan cuti bergilir.

\”Kita pastikan keseluruhan anggota berada pada tahap yang optimal dan kita akan terus kerjasama dengan pihak polis supaya agensi kerajaan menjadi pembela keselamatan rakyat,\” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pelancaran Ops Siaga Raya 2025 sempena Hari Raya Aidilfitri JBPM di Putrajaya.

Tambah beliau, JBPM tahun ini turut akan berkerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia berkampung di 12 lokasi strategik yang merangkumi hampir semua negeri.

Ops Siaga Raya 2025 akan bermula pada 29 Mac dan berakhir pada 3 April depan.

Terdahulu, Ops Siaga Raya 2024 menyaksikan sebanyak 1,303 panggilan diterima berbanding 1,068 kes pada tahun 2023.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....