Home Nasional JBPM Perlis kenal pasti empat lokasi panas kemalangan
Nasional

JBPM Perlis kenal pasti empat lokasi panas kemalangan

JBPM Perlis kenal pasti empat lokasi panas kemalangan

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 26 Mac- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis telah mengenal pasti empat lokasi panas utama kemalangan.

Menurut Pengarah JBPM Negeri, Penguasa Kanan Bomba l Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin, lokasi melibatkan Jalan Alor Setar-Kangar; Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis; Jalan Kangar-Kangar Jaya-Kuala Perlis; dan Jalan Kangar-Padang Besar.

Pemantauan di lokasi berkenaan ditingkatkan dengan rondaan berkala jentera penyelamat oleh pegawai dan anggota dari lima buah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) serta Pasukan Bomba Sukarela.

\”Operasi bermula 29 Mac dan berakhir 3 April ini.

\”Kita sentiasa meletakkan pasukan kita 24 jam bersiap siaga untuk memberi respons kepada kes-kes berkaitan tersebut.

\”Kita juga ingin menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa prihatin terhadap keselamatan semasa memandu di jalan raya dan pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik serta sentiasa memandu dengan berhati-hati,\” katanya.

Beliau memaklumkannya pada Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran Musim Perayaan Bersama Bomba Komuniti dan Pelepasan Ops Ronda Raya 2025 di BBP Kangar.

Lebih 200 pegawai dan anggota JBPM bersiap siaga sepanjang perayaan Aidilfitri ini termasuk melaksanakan Op Ronda Raya di laluan ditetapkan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....