Home Nasional JBPM Johor selamatkan guru dan murid selepas 12 jam terkandas banjir
Nasional

JBPM Johor selamatkan guru dan murid selepas 12 jam terkandas banjir

JBPM Johor selamatkan guru dan murid selepas 12 jam terkandas banjir

Foto JBPM

JOHOR BAHRU, 21 Mac – Seramai 43 guru dan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Tampoi Utama di sini, berjaya diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, selepas terkandas lebih 12 jam di sekolah berkenaan, semalam.

Situasi itu berikutan keadaan sekolah tersebut dinaiki air dan menyukarkan kesemua mereka keluar meredah air susulan hujan lebat berterusan sejak kelmarin.

Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Timbalan Penguasa Bomba I Mohd Suhaimi Abdul Jamal berkata, mereka yang terlibat terdiri daripada 29 guru wanita, lapan guru lelaki serta enam murid perempuan.

\”Kami menerima panggilan kecemasan pada pukul lima petang sebelum mengatur gerakkan sembilan anggota, sebuah FRT, sebuah pacuan empat roda dan sebuah bot ke lokasi, bagi kerja-kerja penyelamatan,\” menurut Mohd Suhaimi. 24 guru wanita dan semua murid itu dipindahkan ke pusat pemindahan sementera (PPS) SJKC Pu Sze, kira-kira pukul 1.26 pagi tadi.

Bagaimanapun, lapan guru lelaki dan lima guru wanita termasuk seorang guru hamil, memilih untuk menetap di sekolah tersebut. Bantuan makanan turut dihantar kepada 13 guru yang berada di sekolah itu, selain penduduk terjejas banjir di PPS.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....