Home Nasional JBPM capai 82.84 peratus pusingan tempat kerja
Nasional

JBPM capai 82.84 peratus pusingan tempat kerja

JBPM capai 82.84 peratus pusingan tempat kerja

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad/BERNAMA

PUTRAJAYA, 27 Mac– Seramai 617 orang pegawai daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menyelesaikan pusingan tempat kerja di seluruh negara setakat 31 Disember 2024.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata daripada 617 orang pegawai ini, seramai 111 orang terdiri daripada perjawatan kumpulan Pengurusan dan Profesional.

\”Kita telah melaksanakan pusingan daripada sasaran ditetapkan oleh kementerian iaitu sebanyak 70 peratus, tetapi bomba telah melaksanakan pusingan kerja kepada 82.84 peratus. Jadi, kita sudah capai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI),\” kata Datuk Nor Hisham kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan bagi Mac 2025, di sini.

Tambah beliau, status pusingan kerja bagi kumpulan lain untuk tempoh yang sama, ia melibatkan seramai 506 pegawai daripada kumpulan pelaksana.

Selain itu, JBPM juga telah mengemukakan permohonan kaveat kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 6 Februari lalu berkaitan lima kategori perjawatan spesifik termasuk Unit Anjing Pengesan K9 dan Pasukan Udara yang tidak sesuai dilaksanakan pusingan kerja.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....