Home Nasional Jambatan Bailey di Kampung Permatang Sepam beroperasi Rabu ini
Nasional

Jambatan Bailey di Kampung Permatang Sepam beroperasi Rabu ini

Jambatan Bailey di Kampung Permatang Sepam beroperasi Rabu ini

Ahmad Maslan (dua kanan) ketika melawat Projek Jambatan Bailey di Kampung Permatang Sepam di Pontian hari ini

PONTIAN, 14 Julai- Jambatan Bailey di Kampung Permatang Sepam, Benut, di sini Johor dijangka beroperasi mulai Rabu ini bagimenggantikan jambatan sedia ada yang mengalami kegagalan struktur.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kerja-kerja pemasangan jambatan sepanjang 42 meter (m) sejak 9 Julai lalu itu akan memberi manfaat kepada 470 penduduk.

\”Di Kampung Permatang Sepam ini kaedah pembinaan jambatan Bailey buat pertama kalinya dibina di sungai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan peruntukannya dikongsi kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.

\”Jambatan sementara ini hanya boleh menampung beban tidak melebihi lima tan bagi menjamin keselamatannya. Papan tanda pemakluman akan dipasang di Jambatan Bailey ini apabila siap nanti,” katanya pada sidang media selepas melawat Projek Jambatan Bailey berkenaan di sini hari ini.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) Pontian telah mencadangkan pembinaan jambatan konkrit baharu sebagai langkah jangka masa panjang bagi memastikan tiada kegagalan struktur berulang.

\”Kementerian Kerja Raya menerusi Program MYJalan komited dalam membina, menyedia dan menyelenggara infrastruktur yang selesa dan selamat kepada semua rakyat dalam dan luar bandar,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, Jambatan Bailey akan dibina di sembilan negeri menggunakan peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bagi menggantikan jambatan rosak khususnya di kawasan luar bandar sebelum jambatan kekal siap dibina.

Pembinaan jambatan itu dianggarkan melibatkan kos antara RM4 hingga RM6 juta setiap satu.

\”Sembilan daripada 14 negeri dalam Malaysia telah bersetuju menggunakan peruntukan MARRIS untuk membiayai pembinaan jambatan Bailey yang akan diselenggara Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri yang terlibat,\” katanya.

Sembilan negeri berkenaan adalah Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Perak, Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....