Home Nasional JAKOA komited pastikan pendidikan anak-anak orang asli terus diperkasa
Nasional

JAKOA komited pastikan pendidikan anak-anak orang asli terus diperkasa

JAKOA komited pastikan pendidikan anak-anak orang asli terus diperkasa

Foto BERNAMA

AYER KEROH, 24 Mac- Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) komited memastikan pendidikan anak-anak masyarakat orang asli terus diperkasa.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAKOA, Mohd Zamri Mustajap berkata antaranya melaksana kerjasama dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Ia bagi memberi laluan kepada anak orang asli yang cemerlang untuk menyambung pembelajaran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Sekali gus memastikan mereka menerima pendidikan sama seperti kaum lain.

\”Kita masih menekankan kepada program pendidikan, di mana kita bekerjasama dengan agensi di bawah kementerian sendiri iaitu MARA, untuk meramaikan lagi bilangan anak-anak orang asli yang memasuki MRSM.

\”Itu antara objektif kita, matlamat kita. Kita akan tingkatkan lagi usaha ini supaya dapat memberi peluang kepada masyarakat orang asli untuk belajar dan bersaing dengan kaum-kaum lain,\” katanya.

Beliau ditemui pada program wacana kepimpinan masyarakat orang asli bersama Ketua Menteri Melaka di Ayer Keroh.

Setakat ini kira-kira 40 pelajar orang asli sedang mendapat pendidikan di MRSM.

Mohd Zamri turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Melaka yang menyediakan insentif bantuan persekolahan kepada anak orang asli, yang memberi manfaat kepada kira-kira 700 pelajar prasekolah hingga sekolah menengah.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....