Home Nasional JAKIM, JAIN bincang Penubuhan Yayasan Masjid Malaysia
Nasional

JAKIM, JAIN bincang Penubuhan Yayasan Masjid Malaysia

JAKIM, JAIN bincang Penubuhan Yayasan Masjid Malaysia

Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar / Foto Fail / Bernama

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Resolusi dari Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk Al-Aqsa dan Palestin, yang mencadangkan penubuhan Lembaga atau Yayasan Pembangunan Masjid Malaysia akan dibincangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dalam masa terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata penubuhan yayasan itu penting untuk meningkatkan kemampanan pentadbiran dan penyelarasan masjid di seluruh negara, selaras dengan Pelan Transformasi Al-Falah.

\”Yayasan ini akan berfungsi sebagai pengawas untuk memastikan usaha yang disebutkan dapat dilaksanakan. Kita akan berbincang dengan Jabatan Agama Islam Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri mengenai kesesuaian dan persetujuan untuk menubuhkan yayasan ini,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk Al-Aqsa dan Palestin di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini.

Dalam pada itu, Mohd Na’im turut memaklumkan sebanyak RM14,640,857 telah berjaya dikumpul setakat ini melalui Tabung Kemanusiaan Palestin yang diselaraskan oleh JAKIM dan Yayasan Waqaf Malaysia.

Selain itu, beliau turut mencadangkan agar Muktamar Masjid Serantau peringkat ASEAN dianjurkan bersempena Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....