Home Nasional Isu viral penjual petai dan penguatkuasa selesai secara baik
Nasional

Isu viral penjual petai dan penguatkuasa selesai secara baik

Isu viral penjual petai dan penguatkuasa selesai secara baik

Foto/FB Dr. Rajasekaran

PORT DICKSON, 22 Mac -Isu viral penjual petai dengan penguatkuasa Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) berhampiran Family Store telah diselesaikan secara baik, termasuk diberikan bantuan sebagai ganti rugi.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dr Rajasekaran Gunnasekaran menerusi status di Facebook, penjual petai Pak Cik Mohd Noor Saad itu juga telah diberikan lesen sementara bagi membolehkan beliau menjalankan perniagaan secara sah.

“Berkenaan isu viral yang melibatkan penjual petai dan penguatkuasa Majlis Perbandaran Port Dickson berhampiran Family Store, YB Dr Rajasekaran Gunnasekaran ADUN Sri Tanjung, bersama YDP MPPD Tuan Hasnor , SU MPPD Tuan Mohd Azizul Hakim , Unit Penguatkuasa, Unit Perlesenan, serta Ahli Majlis Perbandaran Tuan Segaran Annamalai telah mengadakan lawatan ke rumah Pak Cik Mohd Noor Bin Saad bagi menyelesaikan perkara ini secara baik,” jelas Dr Rajasekaran.

Foto FB Dr. Rajasekaran

Pada pertemuan itu, Dr. Rajasekaran turut menyampaikan sedikit sumbangan mewakili Dato\’ Seri Utama Aminuddin Harun, Ahli Parlimen Port Dickson yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan sebagai ganti rugi petai yang tidak dapat jual pada hari kejadian.

“Kami berharap langkah ini dapat meredakan ketegangan dan memberikan penyelesaian yang adil kepada semua pihak. Pihak MPPD juga akan terus memantau situasi bagi memastikan tiada lagi isu seumpama ini berlaku pada masa hadapan,” menurut status sama.

Dr. Rajasekaran turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menyelesaikan isu ini secara diplomasi dan mesra.

Beliau juga berharap kejadian tersebut dapat dijadikan pengajaran dan panduan untuk menangani isu-isu komuniti dengan lebih baik pada masa akan datang.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....