Home Nasional Istana Negara jadi tumpuan media seawal 6.00 pagi
Nasional

Istana Negara jadi tumpuan media seawal 6.00 pagi

Istana Negara jadi tumpuan media seawal 6.00 pagi

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 20 Julai- Wakil media pelbagai agensi sama ada dari dalam dan luar negara berkumpul dan bersiap sedia untuk membuat liputan Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di pekarangan Istana Negara di ibu negara seawal pukul 6.00 pagi tadi.

Istiadat penuh simbolik dan hanya dapat disaksikan lima tahun sekali itu pastinya melakar satu lagi peristiwa bersejarah dan signifikan bagi negara Malaysia.

Walaupun sebagai pelapor di luar pintu utama Istana Negara, petugas media tetap mengikut etika pemakaian terutama lelaki yang tampil segak mengenakan baju Melayu hitam, bertanjak, bersamping dan berbengkung serta lengkap dengan keris.

Sementar itu petugas media wanita pula dilihat anggun dengan mengenakan padanan baju kurung dan selendang.

Bagaimanapun cuaca pada pagi ini cerah seperti yang diramalkan Jabatan Meteorologi (Met Malaysia) semalam.

Pekarangan pintu utama Istana Negara dikawal rapi oleh anggota pasukan keselamatan antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menantikan keberangkatan tiba Sultan dan raja-raja Melayu ke istiadat itu.

Sultan Ibrahim melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lepas.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....