Home Nasional Isi borang balik kampung, cegah kes jenayah
Nasional

Isi borang balik kampung, cegah kes jenayah

Isi borang balik kampung, cegah kes jenayah

Foto fail

KUANTAN, 22 Mac – Orang ramai diingatkan untuk mengisi borang balik kampung sebagai langkah mencegah jenayah ketika bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri kelak.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Zahari Wan Busu berkata menerusi borang pemakluman itu, pihaknya dapat mengenal pasti kediaman ditinggalkan bagi melaksanakan usaha pencegahan jenayah.

\”Tiada kes jenayah direkodkan ketika cuti perayaan tahun lepas bagi mereka yang menghantar borang pemakluman balik kampung kepada polis di daerah ini.

\”Setakat ini sebanyak 200 borang pemakluman balik kampung telah diedarkan dan kita harap orang ramai yang ingin pulang beraya ke kampung masing-masing mengisi borang berkenaan,\” katanya kepada pemberita selepas melakukan kempen pencegahan jenayah di Bazar Aidilfitri Dataran Sekilau di sini.

Wan Zahari memaklumkan rondaan di kediaman yang ditinggalkan akan ditingkatkan sepanjang tempoh ditinggalkan melalui pemakluman yang diterima.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....