Home Nasional Iran komited perkukuh hubungan dua hala dengan Malaysia – PM
Nasional

Iran komited perkukuh hubungan dua hala dengan Malaysia – PM

Iran komited perkukuh hubungan dua hala dengan Malaysia – PM

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim/ (Foto kecil: Presiden Dr Masoud Pezeshkian/AFP)

KUALA LUMPUR, 1 April- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima panggilan telefon daripada Presiden Iran Dr Masoud Pezeshkian bagi membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Iran serta bertukar ucapan Aidilfitri.

\”Kami menzahirkan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan persahabatan kedua-dua negara, terutama dengan mempertingkatkan pelaburan dan perdagangan, selain memperluas kerjasama pelbagai bidang berpotensi,\” katanya menerusi hantaran di Facebook malam tadi.

Beliau turut memaklumkan bahawa kunjungan Menteri Luar Malaysia ke Tehran bulan lalu membawa perkembangan positif dalam hubungan serta kerjasama dua hala Malaysia-Iran.

\”Justeru, saya akan memastikan kesinambungan kunjungan ini dengan menyegerakan dan mempermudahkan segala usaha untuk mengembangkan kerjasama dalam bidang pelaburan, perdagangan, pendidikan, penyelidikan dan selainnya,\” katanya.

Selain itu, Anwar turut menzahirkan penghargaan Malaysia terhadap pendirian teguh Iran dalam memperjuangkan hak dan keadilan rakyat Palestin serta menentang kezaliman Israel.

\”Kami percaya solidariti dan kesatuan dalam kalangan negara Islam dan warga dunia adalah cukup penting dalam usaha memastikan keadilan dan keamanan berpanjangan di bumi Gaza,\” katanya lagi.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....