Home Nasional Intervensi KPM: Calon tidak hadir SPM rekod penurunan
Nasional

Intervensi KPM: Calon tidak hadir SPM rekod penurunan

Intervensi KPM: Calon tidak hadir SPM rekod penurunan

Sidang media pengumuman analisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2024 di Putrajaya hari ini

PUTRAJAYA, 24 April – Jumlah calon tidak hadir bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 mencatatkan penurunan apabila seramai 6,246 calon direkodkan tidak hadir, berbanding 8,676 calon (2.5 peratus) pada tahun 2023.

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan, angka tersebut menunjukkan penurunan sebanyak 2,430 calon bersamaan 0.7 peratus.

\”Penurunan ini menunjukkan keberkesanan pelbagai inisiatif dan intervensi yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

\”Daripada keseluruhan calon berdaftar dalam peperiksaan SPM Tahun 2024, seramai 386,714 calon merupakan calon baharu yang mendaftar sekurang-kurangnya enam (6) mata pelajaran,\” katanya pada sidang media pengumuman analisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2024 hari ini.

Tambah beliau, daripada jumlah tersebut, 344, 919 merupakan calon sekolah KPM yang mana 338, 673 calon telah hadir menjawab peperiksaan bersamaan dengan 98.2 peratus.

Terdahulu, beliau turut mengumumkan seramai 14,179 calon berjaya memperoleh gred cemerlang (A+, A, A-) dalam semua mata pelajaran, berbanding 11,713 calon pada 2023.

\”Pencapaian keseluruhan calon turut menunjukkan trend positif, dengan indeks Gred Purata Keseluruhan (GPK) mengecil kepada 4.49 mata berbanding 4.60 mata pada 2023,\” katanya.

Tambah beliau, dari segi lokasi, calon di kawasan bandar mencatat GPK 4.47 berbanding 4.58 tahun sebelumnya.

Manakala calon luar bandar turut menunjukkan peningkatan dengan GPK 4.92, lebih baik daripada 5.01 pada 2023.

Jurang pencapaian antara calon bandar dan luar bandar juga semakin mengecil, dengan perbezaan hanya 0.02 mata, berbanding tahun sebelumnya.

BERITA BERKAITAN

  • SPM 2024: 14,179 calon peroleh semua A

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....