Home Nasional Institusi KPM perlu patuh garis panduan anjur program, terima sumbangan
Nasional

Institusi KPM perlu patuh garis panduan anjur program, terima sumbangan

Institusi KPM perlu patuh garis panduan anjur program, terima sumbangan

Foto Hiasan

PUTRAJAYA, 22 Julai – Pentadbir di institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) perlu mematuhi garis panduan sedia ada berkaitan penganjuran program dan penerimaan sumbangan.

Dalam kenyataan hari ini, KPM memaklumkan garis panduan itu antaranya melarang sumbangan melibatkan hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah, minuman keras dan seumpamanya yang boleh menjejaskan perkembangan potensi murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

\”KPM mengalu-alukan usaha sekolah untuk menganjurkan program dan mendapatkan sumbangan bagi tujuan pembangunan selaras dengan inisiatif Sekolah Milik Masyarakat.

\”Namun ini perlu dilaksanakan berdasar kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 2018,\” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memakumkan KPM sentiasa proaktif menangani gejala sosial dalam kalangan generasi muda dan pelbagai program kesedaran serta pendidikan pencegahan dianjurkan di sekolah, bertujuan untuk memberi bimbingan kepada murid.

Justeru, kementerian itu mengambil perhatian serius isu penganjuran program amal di sebuah sekolah yang melibatkan sumbangan syarikat minuman keras seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.

\”Isu ini berada dalam perhatian KPM dan siasatan lanjut sedang dijalankan,\” menurut kenyataan itu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....