Home Nasional Insiden Putra Heights: Siasatan secara telus, tanpa melindungi mana-mana pihak
Nasional

Insiden Putra Heights: Siasatan secara telus, tanpa melindungi mana-mana pihak

Insiden Putra Heights: Siasatan secara telus, tanpa melindungi mana-mana pihak

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, mengadakan sidang media perkembangan terkini berhubung kejadian kebakaran saluran paip gas di Putra Heights/ BERNAMA

SHAH ALAM, 5 April– Proses siasatan berkaitan insiden kebakaran dan letupan saluran paip gas yang berlaku baru-baru ini akan dijalankan secara telus.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan siasatan akan dilakukan mengikut prosedur dan peraturan tanpa melindungi mana-mana pihak.

\”Saya nak jelaskan Insya-Allah barisan jawatankuasa bencana ini terutamanya barisan penyiasat akan bertindak impartial dan berdasarkan data dan fakta dan tidak ada fear and favour kepada mana-mana pihak.

\”… dan kita yakin arahan saya sangat jelas bahawa kita mahu siasatan yang menyeluruh dan memastikan kebertanggungjawaban itu akan dikenakan kepada mereka yang sewajarnya termasuk kesalahan-kesalahan yang dilakukan\”, katanya.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Media Terkini Letupan Gas Putra Heights selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri di Shah Alam, Selangor.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak timbul spekulasi berhubung aktiviti yang akan dijalankan berhampiran dengan kawasan kejadian kebakaran di Putra Heights, esok.

Aktiviti tersebut untuk mengalihkan aliran air daripada Taman Putra Harmoni yang bertakung di kawasan tersebut.

\”Kerana aliran air dari Taman Putra Harmoni itu terus ke tapak letupan atau kebakaran yang mengakibatkan air bertakung berterusan walaupun telah dipam atau cuba dikeluarkan oleh pihak penyiasat.

\”Ini penting kerana kita nak menstabilkan kawasan terbabit sebelum langkah susulan dapat diambil. Ia adalah sebahagian langkah-langkah melengkapkan proses siasatan\”, katanya.

Aktiviti tersebut telah dibincangkan dan disahkan perlu bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan penduduk.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....