Home Nasional Ihsan Cashback dan i-Mesra dilancar KPDN, bantu ringankan kos sara hidup
Nasional

Ihsan Cashback dan i-Mesra dilancar KPDN, bantu ringankan kos sara hidup

Ihsan Cashback dan i-Mesra dilancar KPDN, bantu ringankan kos sara hidup

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali/BERNAMA

IPOH, 14 Julai-Ihsan Cashback dan i-Mesra di bawah inisiatif Ihsan Rahmah MADANI (IRM) direka bagi membantu rakyat mengurangkan beban kos sara dan meningkatkan daya saing peniaga tempatan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata projek tersebut menerusi perluasan agenda Payung Rahmah dengan penglibatan pihak swasta.

\”Kita telah mendapat kerjasama sektor swasta, untuk melaksanakan dua inisiatif, Ihsan Cashback dan i-Mesra.\”

\”Ia merupakan platform e-dompet tunai untuk pengguna yang mana mereka boleh membuat pembelian di rangkaian yang terlibat seperti premis-premis perniagaan dan mereka boleh mendapat pulangan tunai,\” kata Armizan kepada pemberita pada prapelancaran inisiatif berkenaan sebelum Majlis Perasmian Penutup Jelajah Karnival KPDN Zon Tengah dan Festival Pengguna 2024, di sini hari ini.

Sementara itu, sistem i-Mesra pula dibangunkan sebagai platform pengurusan perniagaan digital yang membantu pengusaha makanan mengurus perniagaan.

Termasuk dari segi pengurusan inventori, kewangan, pemasaran, perlindungan liabiliti dan lain-lain lagi.

Beliau berharap kedua-dua inisiatif itu diharap dapat memberi manfaat kepada pengguna dan peniaga bagi semua sektor.

Jelajah Karnival KPDN Zon Tengahdan Festival Pengguna di Stadium Indera Mulia, di sini bermula Jumaat lepas hingga hari ini telah menarik ribuan pengunjung dengan antara menarik perhatian ialah Jualan Rahmah yang menawarkan jualan barangan keperluan seperti beras dan telur pada harga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran.

Turut dijual, minyak peket 1 kilogrambersubsidi dan barangan segar seperti ayam, ikan, bawang sertagula.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....