Home Nasional Iftar Ramadan 2025 di Medan Bandar Kedah tarik perhatian ramai
Nasional

Iftar Ramadan 2025 di Medan Bandar Kedah tarik perhatian ramai

Iftar Ramadan 2025 di Medan Bandar Kedah tarik perhatian ramai

Foto Facebook Kedah Kini

ALOR SETAR, 22 Mac – Program Iftar Ramadan Experience Kedah 2025 terus mendapat sambutan hangat, apabila orang ramai berpusu-pusu untuk berbuka puasa di lapangan terbuka Medan Bandar, di sini, petang semalam. Pengunjung yang datang awal, terutama yang berkeluarga, mengisi masa dengan pelbagai aktiviti.

Ia termasuk bergambar di kawasan itu yang terkenal dengan bangunan-bangunan yang menjadi ikon Alor Setar seperti Balai Besar, Balai Nobat, Balai Seni Negeri dan tentu sahaja Masjid Zahir yang merupakan salah sebuah masjid tercantik di dunia itu.

Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah, Datuk Mohd Salleh Saidin berkata, pihak penganjur menyediakan program-program menarik termasuk Klinik al-Quran, Street Dakwah dan Sembang Santai Bersama Ulama dan Pemimpin yang sangat mendapat sambutan daripada hadirin.

\”Jumaat minggu hadapan merupakan Iftar Ramadan Experience Kedah 2025 yang terakhir bagi Ramadan tahun ini.Orang ramai diseru khususnya anak perantau yang telah kembali ke kampung halaman untuk melapangkan masa hadir bagi memeriahkannya bersama-sama keluarga dan sahabat handai,\” kata Mohd Salleh.

Program itu sebagai peluang masyarakat beriftar dalam suasana tenang senja Alor Setar sambil mengeratkan ukhuwah dan berkongsi pengalamannya dengan pelancong dan pelawat yang bertamu ke negeri jelapang padi itu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....