Home Nasional Hukum berkait GISBH diumum selepas dapat perkenan Majlis Majlis Raja-Raja
Nasional

Hukum berkait GISBH diumum selepas dapat perkenan Majlis Majlis Raja-Raja

Hukum berkait GISBH diumum selepas dapat perkenan Majlis Majlis Raja-Raja

Datuk Dr Mohd Nai’im bercakap kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Perasmian Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan (MHPK) ke-41 di Perdana Hotel, Kota Bharu / FOTO RTM

KOTA BHARU, 28 September- Keputusan pandangan hukum berkait kedudukan akidah GISB Holdings (GISBH) akan dipersembahkan bagi mendapat perkenan Majlis Majlis Raja-Raja (MRR) yang akan bersidang pada 23 dan 24 Oktober ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar berkata, perkara itu telah dibawa ke perbincangan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

Beliau berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah membawa isu berkenaan dan perbincangan Jawatankuasa Muzakarah MKI sudah bersidang pada 24 September hingga semalam.

Katanya, jawatankuasa itu dipengerusikan Datuk Nooh Gadot dan dan dianggotai oleh Mufti setiap negeri.

Menurutnya, hasil mesyuarat jawatankuasa sudah dimuktamadkan dan boleh diumumkan selepas diperkenankan Majlis Raja-Raja.

\” Jawatankuasa ini dipengerusikan Datuk Nooh Gadot dan dianggotai oleh semua mufti-mufti, jadi kertas berkaitan GISB ini telah dibawa masuk dalam jawatankuasa tersebut pada malam kemarin dan nanti kita akan tunggu perkenan Majlis Raja-Raja.

\” Jadi apa yang telah dipersetujui dan diputuskan diperingkat Jawatankuasa Muzakarah MKI itu akan dibawa ke Majlis Raja-Raja pada 23 dan 24 Oktober ini untuk mendapat perkenan, \” kata Datuk Dr Mohd Na\’im Mokhtar.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan (MHPK) ke-41 di Perdana Hotel, Kota Bharu, malam tadi.

Dalam perkembangan lain, Datuk Dr Mohd Na\’im berkata, Lembaga Tabung Haji kini dalam proses mewujudkan Pusat Rujukan Ibadat Haji (RAJIH) bagi meningkatkan kecekapan dan kajian terhadap isu-isu manasik haji atau pelaksanaan haji.

Beliau berkata, kajian semasa mengenai manasik haji itu akan diangkat untuk dibincangkan dengan lebih menyeluruh dan sekiranya bersesuaian akan dijadikan sebagai salah satu keputusan yang akan dipegang oleh pengurusan haji bagi musim haji semasa.

RAJIH juga akan menjadi sebuah pusat latihan bagi pembimbing ibadat haji yang bertauliah meningkatkan lagi kemahiran dalam penyampaian dan memahami isu-isu yang bersifat kontemporari.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....