Home Nasional HSA lakukan siasatan berhubung dakwaan pesakit hilang barang kemas
Nasional

HSA lakukan siasatan berhubung dakwaan pesakit hilang barang kemas

HSA lakukan siasatan berhubung dakwaan pesakit hilang barang kemas

Hospital Sultanah Aminah (HSA)/ BERNAMA

JOHOR BAHRU, 18 Ogos– Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini akan menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan seorang pesakit kehilangan barang kemas semasa menerima rawatan di hospital berkenaan.

HSA dalam kenyataan hari ini berkata,pihaknya mengambil maklum berkaitan video tular di TikTok yang dimuat naik pemilik akaun @sarawanannagayah semalam yang tidak berpuas hati berhubung isu kehilangan barang kemas pesakit itu.

Kenyataan itu memaklumkan siasatan berkaitan seorang pesakit kehilangan barang kemas ketika menerima rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma (JKT), HSA dan dinyatakan bahawa kamera litar tertutup (CCTV) di hospital tidak berfungsi.

Menurutnya, CCTV tidak dipasang di kawasan rawatan pesakit demi menjaga privasi pesakit.

“Siasatan lanjut berhubung isu ini sedang dijalankan dan pihak pengurusan hospital juga akan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak polis jika memerlukan siasatan lanjut.

\”Pihak pengurusan HSA sentiasa komited dan berusaha untuk meningkatkan kepuasan hati pelanggan dan imej hospital dalam memberikan perkhidmatan perawatan yang terbaik,\” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, video itu memaparkan seorang lelaki yang mendakwa dari sebuah pertubuhan kebajikan masyarakat meluahkan ketidakpuasan hati dengan pihak pengurusan hospital susulan isu kehilangan barang kemas didakwa milik seorang pesakit wanita ketika menerima rawatan di JKT pada 25 Julai lepas dan mendakwa CCTV di hospital itu tidak berfungsi.

Lelaki dirakam bersama wanita yang didakwa pesakit itu turut menggesa semua pihak yang terlibat bertanggungjawab dan mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu pesakit berkenaan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....