Home Nasional HRD Corp raih RM2.3 bilion kutipan levi pada 2024
Nasional

HRD Corp raih RM2.3 bilion kutipan levi pada 2024

HRD Corp raih RM2.3 bilion kutipan levi pada 2024

Foto BERNAMA

PUCHONG, 9 Februari– Sebanyak RM2.3 bilion kutipan levi oleh Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) bagi tahun lepas.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan signifikan berbanding RM2.1 bilion yang dikutip pada tahun sebelumnya.

Tambah beliau, kutipan levi yang mencapai rekod tertinggi itu adalah sebahagian daripada usaha HRD Corp untuk memastikan dana yang dikumpul digunakan dengan berkesan.

\”98 peratus levi telah diluluskan. Jadi, tidak timbul isu HRD Corp nak simpan levi itu, nak guna macam-macam untuk kita. Matlamat kita satu sahaja, levi yang kita kutip diguna bagi menaikkan kemahiran pekerja.

Ini bukan ditentukan oleh kerajaan, mahu pun HRD Corp, juga bukan KESUMA tetapi ditentukan oleh majikan itu sendiri,\” kata Steven kepada pemberita, hari ini.

Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran HRD Corp.

Beliau juga mengumumkan bahawa lebih RM2.27 bilion daripada RM2.3 bilion yang dikutip telah diluluskan bagi penggunaan levi, dengan peningkatan hampir 30 peratus berbanding tahun 2023.

Sebanyak 85 peratus daripada pembayaran levi telah dikembalikan kepada majikan dan penyedia latihan untuk menjalankan program latihan.

HRD Corp menyasarkan untuk mempercepatkan kelulusan geran levi kepada satu jam pada tahun ini, berbanding tujuh hari sebelum ini.

Beliau juga berhasrat untuk mengurangkan masa pembayaran levi daripada tujuh hari kepada tiga hari.

Dengan pencapaian dan sasaran baharu tersebut, HRD Corp terus berusaha meningkatkan kemahiran tenaga kerja tempatan demi kepentingan negara.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....