Home Nasional Himpunan 25K Huffaz: Usaha angkat martabat institusi tahfiz tempatan
Nasional

Himpunan 25K Huffaz: Usaha angkat martabat institusi tahfiz tempatan

Himpunan 25K Huffaz: Usaha angkat martabat institusi tahfiz tempatan

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menghadiri Himpunan 24K Huffaz tahun lalu

KUALA LUMPUR, 14 Februari- Himpunan 25K Huffazakan dianjurkan sekali lagi tahun ini sebagai manifestasi kepada usaha kolektif dalam mengangkat martabat institusi tahfiz dan meraikan generasihuffaz yang menjadi penyuluh kepada masyarakat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkatainstitusi tahfizmemainkan peranan penting dalam pembinaan generasi al-Quran, yang menjadibukan sekadar tempat menghafal al-Quran, tetapi pusat pembentukan generasi rabbani yang memahami, menghayatidan mengamalkan ajaran suci ini dalam kehidupan seharian.

Menerusi satu kenyatan, beliau beriltizam untuk memastikan institusi huffaz terus dimartabatkan agar lebih ramai huffaz lahir bukan sahaja mahir dalam hafazan, tetapi juga memiliki keupayaan intelektual dan kemahiran yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara.

Beliau berkataperkembangan institusi tahfiz di Malaysia amat membanggakan denganterdapat 18 maahad tahfiz negeri dan 1,058 maahad tahfiz swasta yang beroperasi di seluruh negara.

\”Jumlah pelajar tahfiz kini mencapai 55 ribu orang, dengan hampir 8ribu tenaga pengajar yang berdedikasi, sekali gusmembuktikan bahawa minat masyarakat terhadap pendidikan tahfiz semakin tinggi, mencerminkan kesedaran yang semakin berkembang terhadap kepentingan pembinaan generasi al-Quran.

\”Program Pra-Tahfiz Tabika KEMAS pula bukan sahaja membina asas kukuh dalam pendidikan tahfiz, tetapi juga menanam nilai-nilai Islam yang akan membentuk jati diri mereka sejak kecil,\” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata program itu juga mampu menjadi asas kepada sasaran melahirkan 125,000 huffaz profesional menjelang 2050, satu visi besar untuk mengangkat martabat Malaysia sebagai pusat rujukan pendidikan al-Quran bertaraf dunia.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....