Home Nasional Hati-hati penipuan pelaburan 'deepfake', elak pautan jenayah siber
Nasional

Hati-hati penipuan pelaburan 'deepfake', elak pautan jenayah siber

Hati-hati penipuan pelaburan 'deepfake', elak pautan jenayah siber

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 22 Julai- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memberi amaran kepada orang ramai berhubung taktik penipuan pelaburan \’deepfake\’ yang dicipta melalui teknologi kecerdasan buatan (AI) yang menyamar sebagai individu dan syarikat terkemuka.

Video yang disebarkan melalui aplikasi pemesejan itu dimanipulasi menyerupai suara tokoh awam termasuk pergerakan bibir dan menjadikan kandungan itu kelihatan tulen.

SC dalam satu kenyataan berkata, video \’deepfake\’ berkenaan mempromosikan pelaburan yang kononnya ditawarkan oleh syarikat yang bereputasi.

\”Hantaran tersebut juga mempunyai butang atau pautan \’Ketahui Lebih Lanjut\’, yang membawa pihak yang berminat ke halaman pendaftaran bagi mengumpulkan maklumatperibadi mereka.

\”Orang ramai yang tidak peka dan terus mengakses pautan itu akan diminta memuat turun aplikasi, dimana ia mendedahkan mereka kepada risiko jenayah siber,\” katanya.

Dalam pada itu SC dengan bantuan Meta telah menurunkan video sedemikian untuk mengekang akseskepada pihak awam yang mungkin menjadi mangsa penipuan.

SC juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengambiltindakan sewajarnya terhadap aktiviti penipuan pelaburan tersebut.

Bagaimanapun orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dalam menilai tawaran pelaburan termasuk memastikan mereka tidak memindahkan atau mendepositkan wang ke dalam akaun yang mencurigakan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....