Home Nasional Harga 16 barangan dikawal bawah SHMMP sempena Tahun Baharu Cina
Nasional

Harga 16 barangan dikawal bawah SHMMP sempena Tahun Baharu Cina

Harga 16 barangan dikawal bawah SHMMP sempena Tahun Baharu Cina

Dr Fuziah Salleh

KUALA LUMPUR, 25 Januari- 16 jenis barangan akan dikawal bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bermula 25 Januari hingga 2 Febuari ini sempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Dr Fuziah Salleh berkata pelaksanaan SHMMP adalah langkah kerajaan dalam menjaga kepentingan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana khususnya pada musim perayaan.

\”Kali ini kita menambah daripada 11 item kerpada 16 item pada tahun ini. Harga maksimum dilaksanakan berikutan permintaan beberapa barangan keperluan semasa musim perayaan.

\”Jadi kemungkinan besar apaliba berlaku permintaan yang tinggi, harga barangan berkenaan akan dinaikkan. Jadi sebab itu kita memperkenalkan SHMMP untuk persediaan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina 2025,\” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pemantauan di sebuah pasar raya di ibu negara melibatkan 15 pegawai penguat kuasa.

Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah membuat beberapa penambahan jenis barangan yang dikawal bawah skim itu termasuk ikan bawal putih, cili merah, bawang putih dan kubis bulat.

Pada masa sama pegawai penguat kuasa di seluruh negara ditugaskan di lokasi strategik bagi menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan.

\”Kerajaan berharap semua pihak dapat mematuhi harga-harga yang telah ditetapkan ini dan menggunakan label merah jambu bagi barangan yang dikawal harganya.

\”Adalah diingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan bawah skim ini,\” katanya lagi.

Sementara itu di Kedah terdapat 15 barangan dikawal KPDN negeri itu berikutan pelaksanaan SHMMP Tahun Baharu Cina.

Pengarah KPDN Kedah Muhammad Nizam Jamaludin berkata antara barangan tersebut ialah ikan bawal putih dan bawang putih.

Dalam perkembangan lainKPDN Kedah menerima92 aduan berkaitan harga danbarangan kawalan pada 1 Januari hingga 25 Januari.

17 daripada jumlah itu adalah berkenaan minyak masak dan enam daripadanya masalah kurang atau tiada bekalan.

Kes dicatatkan itu melibatkan kawasan Kota Setar, Sungai Petani dan Langkawi.

Related Articles

Pelampung gelongsor jatuh, pengurusan taman tema bakal dipanggil
Nasional

Pelampung gelongsor jatuh, pengurusan taman tema bakal dipanggil

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin / Foto RTMSEKINCHAN, 2 Februari-Kerajaan Selangor...

Lebih 200,000 pengunjung hadiri 'Penang Miao Hui'
Nasional

Lebih 200,000 pengunjung hadiri 'Penang Miao Hui'

Foto RTMGEORGETOWN. 2 Februari-Lebih 200,000 pengunjung menghadiri acara kebudayaan \’Penang Miao Hui\’...

Karnival Madani PDRM, erat hubungan bersama komuniti Perlis
Nasional

Karnival Madani PDRM, erat hubungan bersama komuniti Perlis

Foto RTMMATA AYER, 2 Februari– Lebih 3,000 komuniti setempat memeriahkan Karnival Madani...

Majlis Belia Negeri Perlis salur sumbangan untuk pembangunan bola sepak
Nasional

Majlis Belia Negeri Perlis salur sumbangan untuk pembangunan bola sepak

Foto RTMKUALA PERLIS, 2 Februari– Majlis Belia Negeri Perlis (MBNPs) menghulurkan sumbangan...