Home Nasional Hanya 20 peratus anggota, pegawai JBPM Melaka dibenar cuti Aidilfitri
Nasional

Hanya 20 peratus anggota, pegawai JBPM Melaka dibenar cuti Aidilfitri

Hanya 20 peratus anggota, pegawai JBPM Melaka dibenar cuti Aidilfitri

Pengarah JBPM Melaka Mohd Pisar Aziz

JASIN, 11 Mac– Hanya 20 peratus daripada lebih 496 anggota dan pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka dibenar mengambil cuti sempena Aidilfitri, tahun ini.

Pengarahnya, Mohd Pisar Aziz berkata, ia bagi memastikan perkhidmatan pasukan tidak terjejas ketika musim perayaan.

\”Untuk anggota, kita mesti memastikan kekuatan anggota setiap musim perayaan berada dalam keadaan mencukupi dan kebanyakan kita akan membekukan cuti sebanyak 20 peratus. Kekuatan anggota lebih kurang dalam 496 orang, dalam harian kita akan bertugas, dengan anggota 120 lebih orang setiap hari\”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Ihya Ramadan 1446H Bersama Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Bestari, malam tadi.

Selain jumlah keanggotaan yang mencukupi, pihaknya turut memastikan kesiapsiagaan logistik berada dalam keadaan baik dan boleh digerakkan pada bila-bila masa.

Langkah ini penting agar penugasan berjalan lancar, khususnya bagi operasi menyelamat sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Turut hadir, Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Related Articles

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA
Nasional

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA

Seramai 3,390 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menerima manfaat menerusi inisiatif...

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim
Nasional

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 Mac – Strategi pertahanan maritim Malaysia...

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri
Nasional

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail KUANTAN, 19 Mac...

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China
Nasional

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China

Seramai 28 pelajar dari Persatuan Kejuruteraan Universiti Malaya (Engineering Society of Universiti...