Home Nasional Hampir 750,000 ekor benih ikan dilepaskan di seluruh Terengganu
Nasional

Hampir 750,000 ekor benih ikan dilepaskan di seluruh Terengganu

Hampir 750,000 ekor benih ikan dilepaskan di seluruh Terengganu

Ruzaidi Mamat

DUNGUN, 2 September- Lebih 749,800 ekor benih ikan dilepaskan di 15 lokasi di seluruh Terengganu sehingga Ogos lalu.

Pelepasan benih ikan berkenaan dianggarkan berjumlah RM236, 510 dan lokasi ke-16 dan yang terakhir bagi pelepasan benih ikan adalah di Kampung Air Putih, Kemaman pada 5 September ini.

Pengarah Perikanan Negeri Terengganu Ruzaidi Mamat berkata, antara spesis dilepaskan itu adalah ikan kelah, baung, lampam sungai, udang galah, sebarau, siakap dan pelbagai jenis ikan tempatan.

Program pelepasan benih ikan itu dijangka memberi manfaat kepada 183 orang nelayan darat yang berdaftar dengan jabatan, penduduk setempat serta pengusaha ekopelancongan.

\”Lokasi yang kita pilih itu adalah merupakan tempat nelayan mencari rezeki dan juga kita tengok kawasan itu memang berpotensi untuk ikan itu membiak.

\”Kita nak pastikan ikan-ikan yang kita lepaskan tadi dapat terus berkembang biak. Jadi lokasi-lokasi yang tidak sesuai memang kita tidak akan pilih,\” katanya.

Ruzaidi berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Pelepasan Benih Ikan dan Penyerahan Bantuan Peralatan kepada 46 Nelayan Darat Daerah Dungun 2024, Sungai Paka, Kampung Durian Mentangau, di sini.

Pada tahun lalu, keseluruhan pelepasan benih ikan ke perairan umum melibatkan lapan daerah di Terengganu adalah sebanyak 374,215 ekor dengan anggaran nilai lebih RM147,000.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....