Home Nasional Generasi muda digesa cebur sektor tenaga boleh baharu
Nasional

Generasi muda digesa cebur sektor tenaga boleh baharu

Generasi muda digesa cebur sektor tenaga boleh baharu

Foto FB Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR, 21 Ogos- Generasi muda digesa menceburi sektor tenaga boleh baharu bagi menyokong usaha kerajaan dalam mempercepat agenda peralihan tenaga negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menjelaskan kerajaan terus komited menyediakan platform bagi mempersiapkan dan melengkapkan golongan belia dalam sektor tersebut.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata ia untuk masa hadapan mereka, sekali gus mewujudkan lebih banyak pelopor inovasi golongan belia yang dapat memastikan kelestarian jangka panjang landskap tenaga negara.

\”Untuk masa mendatang, saya membayangkan generasi muda bukan sahaja menggunakan tenaga secara lestari, tetapi juga untuk memimpin perbincangan mengenai penyelesaian tenaga.

\”Saya ingin menggalakkan usahawan muda kita untuk menerokai tenaga baharu untuk menyokong usaha kerajaan dalam mempercepatkan agenda transisi tenaga negara,\” katanya pada Majlis Penutupan Sidang Kemuncak Tenaga Mampan Antarabangsa (ISES) 2024 di sini.

Turut hadir Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....